AINA C12A296

KRITIKAN DAN ULASAN BLOG






Kelatefc.blogspot.com adalah sebuah blog yang menulis mengenai keadaan semasa bagi penyokong bola sepak negeri Kelantan.Disini,para penyokong bola sepak Kelantan boleh mengetahui info semasa mengenai kelab The Red Warriors mereka.Antara yang dicoretkan disini adalah mengenai info terkini,Piala Malaysia 2013,Piala FA 2013,Penjaring Liga Super 2013(TRW),AFC 2013,selain daripada gambar-gambar semasa perlawanan yang melibatkan The Red Warriors.Selain itu,senarai nama pemain juga dipaparkan bagi memudahkan pelawat mengenali para pemain.Latar belakang yang digunakan adalah berkenaan dengan gambar penyokong bola sepak negeri Kelantan.Di blog ini juga,terdapat gambar pemain bola sepak negeri Kelantan yang menerima ganjaran dan hadiah.Blog ini juga dibuat kerana ingin mengeratkan hubungan antara penyokong dengan pemain The Red Warriors.




Aniss Kek adalah blog yang menawarkan pelbagai jenis kek bagi majlis keramaian.Latar belakang blog ini menggunakan warna koko pudar.Ia juga memaparkan pelbagai jenis kek yang boleh ditempah.Aniss Kek juga meletakkan motto blog mereka iaitu ‘lebih sedap dari biasa’.Selain itu,tempahan boleh dibuat berdasarkan nombor telefon dan juga laman web yang telah disediakan.Ia bagi memudahkan para pelanggan yang ingin menempah kek mereka.Selain itu,kek yang disediakan juga dijamin halal bagi menarik minat pelanggan yang beragama Islam.



Blog Kasut Online menawarkan kasut yang terdapat di pasaran kini.Peminat kasut boleh mendapat kasut kesukaan mereka tanpa perlu membuang masa mencari kasut di pusat membeli-belah.Pelbagai kasut yang dijual di blog ini didatangkan daripada negara luar iaitu Jepun,Korea dan juga China.Kasut yang ditawarkan di blog ini adalah terdiri daripada heels,wedges,boots,sneakers dan juga flat.Latar belakang blog ini diwarnai dengan warna merah jambu.Selain itu,saiz kasut yang ingin dibeli juga turut disediakan.Pelanggan yang ingin menghubungi mereka bagi bertanyakan kemusykilan,bolehlah menghubungi mereka  kerana terdapat nombor telefon dan juga e-mail.





Latar belakang yang digunakan oleh blog Teddy Bear Besar Murah berwarna kelabu muda.Blog ini menggunakan tema ringkas dan ringan bagi membuat para pembaca dan pelanggan berasa santai dan tenang ketika membaca.Blog ini bukan sahaja menawarkan koleksi teddy bear kerana ia juga menerangkan cara untuk membersih dan juga sejarah yang berkaitan dengan teddy bear.Pembaca juga boleh merujuk blog ini jika ingin mengetahui cara-cara untuk membersihkan teddy bear.





Blog Beautiful by AnnaSha ini memaparkan tentang cara-cara menata rias seseorang contohnya  seperti pengantin.Blog ini meletakkan banyak gambar pengantin dan model yang telah ditata rias bagi menunjukkan seri muka selain perbezaan setelah disolek.Mereka kurang menggunakan penerangan kerana ia boleh diilhamkan melalui solekan yang dibuat.Selain itu,langkah-langkah bagaimana untuk menata rias juga ada ditunjukkan.Latar bekang menggunakan warna kelabu dan juga lampu neon bagi menunjukkan aura mewah dan menarik.





Jelita Sara merupakan sebuah blog yang menjual tudung.Bersesuaian dengan kehendak dan permintaan pengguna yang sibuk,Jelita Sara telah menjual ‘tudung segera’.Latar belakang blog Jelita Sara menggunakan warna putih.Ini kerana,mereka ingin menampakkan jenis,warna dan corak tudung yang dijual selain ingin menarik perhatian pengguna.Blog Jelita Sara juga menarik minat penggunna dengan menawarkan mata ganjaran  bagi setiap pembelian.Ini dapat memastikan pengguna akan terus membeli tudung mereka.Selain itu,terdapat model yang memakai tudung yang dijual bagi memikat citarasa pengguna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan